Bulan Rajab (V): Keajaiban Bersedakah Bulan Rajab

Bersedekah merupakan salah satu kebaikan yang dilipatgandakan pahala oleh Allah SWT. Tetapi dalam bulan Rajab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rajab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Dalam hal ini Rasulullah SAW menerangkan tentang kelebihan bersedekah Rejab dalam beberapa hadis :
  1. Bersedekah pada bulan Rajab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rajab, Bulan Allah.
  2. Barang siapa melapangkan berbagai macam kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rajab niscaya dikurniakan oleh Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
  3. Barang siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan bagi setiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
Diantara bunyi hadist tentang kelebihan bersedekah di bulan Rajab yaitu:

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من تصدق في رجب باعده الله من النار كمقدار غراب طار فرخا حتى مات هرما

Baginda Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang sedekah pada bulan Rajab maka Allah SWT jauhkan dia dari neraka sejauh jarak terbang seekor burung elang yang terbang dari kecil hingga mati tua.”


Dalam hadist juga disebutkan dengan bunyinya:

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : م
ن فرج عن مؤمن كربة في رجب أعطاه الله في الفردوس قصرا مد بصره

Baginda Nabi SAW bersabda: “Barang siapa melapangkan ksulitan seorang mukmin di bulan Rajab, maka Allah SWT berikan istana di surga Firdaus seluas pandangan matanya”


Semoga kita dapat meraih kelebihan di bulan Rajab ini dengan memperbanyak  sedekah dengan mengharap ridha Allah SWT.

Subscribe to receive free email updates: